Monday, June 15, 2009

AKTIVITI-PERTANDINGAN PS2

P E R T A N D I N G A N PS2
TERBUKA KUCHING 2009
ANJURAN BELIA WAWASAN
Lot 154, Jalan Haji Taha, 93450 Kuching, Sarawak
_______________________________________________________________
1. NAMA DAN TEMPAT PERTANDINGAN
Pertandingan ini dinamakan Pertandingan “PS2”

Tarikh : 27 Jun 2009
Tempat : Amphitheater, Kuching Waterfront
Masa : 8.00 Pagi

2. PENGANJUR DAN PENGELOLA
AJK Persatuan BELIA WAWASAN Cawangan Kuching yang telah dilantik

3. TUJUAN PERTANDINGAN
3.1 Memupuk semangat kesukanan melalui aktiviti yang diadakan
3.2 Menggalakkan golongan belia untuk melatih minda supaya sihat dan cerdas dengan menggunakan kecerdikan dalam penggunaan perisian dalam teknologi maklumat
3.3 Menyatupadukan golongan belia melalui aktiviti yang dijalankan

4. PENYERTAAN, YURAN DAN BORANG KEMASUKAN MENYERTAI PERTANDINGAN
TARIKH TUTUP PERMOHONAN DAN TARIKH CABUTAN UNDI
4.1 Jawatankuasa mempelawa peserta yang berwarganegara Malaysia dan bermastautin di Bahagian Kuching
4.2 Yuran untuk setiap peserta adalah sebanyak RM 30.00 sahaja
4.3 Borang boleh didapati dengan menghubungi:-

Encik Norijam Abdul Rashid : 016-8595848 Encik Najib Majid : 014-6958585
Encik Saimon Sadee : 016-5899185 Encik Amran Nen :019-8181177

4.4 Borang yang telah lengkap di isi hendaklah dihantar ke alamat di bawah ataupun dengan menghubungi nama yang terdapat di atas.

Pejabat Pergerakan Pemuda/Wanita PBB, Lot 154, Jalan Haji Taha
93450 Kuching, Sarawak

4.5 Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 Jun 2009 (Ahad), Jam 12.00 t/hari.
Tarikh cabutan undi adalah pada 23 Jun (Selasa), Jam 8.00 malam di:-

Pejabat Pergerakan Pemuda/Wanita PBB, Lot 154, Jalan Haji Taha
93450 Kuching, Sarawak. (Di atas Klinik Dr. Abdul Rahman)

5. HADIAH
Johan : Sebuah piala, Hamper ,baju jersi dan sijil penyertaan
Naib Johan : Sebuah Piala , Hamper dan sijil penyertaan
Ketiga : Sebuah Piala , Hamper dan sijil penyertaan

6. PENDAFTARAN
6.1 Sebelum pertandingan dimulakan,peserta hendaklah melaporkan diri di kauter pendaftaran.

7. HAL-HAL LAIN
7.1 Para peserta digalakkan supaya membawa ’joystick’ sendiri semasa pertandingan bagi keselesaan peserta
7.2 Para peserta yang terlibat dalam pengaruh alkohol dan pergaduhan akan dibatalkan penyertaan serta-merta. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda atau sebarang kemungkinan yang di anggap bukan tanggungjawab pihak penganjur.
7.3 Sekiranya peserta yang tidak hadir semasa cabutan undi dijalankan, pihak penganjur akan mewakili peserta tersebut untuk cabutan undi pada hari cabutan undi dijalankan.
7.4 Para peserta hendaklah memaklumkan awal kepada penganjur sekiranya peserta tidak dapat hadir semasa cabutan undi dijalankan
7.5 Peserta akan membuat cabutan undi untuk menentukan pasukan masing-masing ,sebarang pertanyaan hendaklah diajukan semasa cabutan undi dijalankan
7.6 Keputusan pihak penganjur adalah MUKTAMAD

OBJEKTIF

1. Menyatupadukan golongan belia melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan


2. Memberi kesedaran kepada para belia tentang pentingnya semangat kerjasama
dan mengeratkan hubungan siratulahim tanpa mengira bangsa, agama ataupun
fahaman politik dalam sesebuah masyarakat majmuk


3. Mendidik belia supaya berfikiran positif dan sentiasa ingin memajukan diri sendiri


4. Melahirkan generasi yang celik IT dan berminda cerdas dan cergas


5. Membentuk satu komuniti yang aktif dan mempunyai integrasi di antara satu sama
lain